• About
  • Parent Page
  • Archives
  • Powered by
  • MeNgeJarmU...

    Aug 31, 2010
    sama2 kita kejar dan jadikanlah ia sebagai tanda kita "graduate" dari universiti ramadhan







    RaMaDhAn..

    Aug 6, 2010
    Assalamulaikum..alhamdullilah masih diberi lagi kekuatan untuk menulis..lama dah tak menulis untuk blog ni..sampai rasa macam dah berhabuk...sibuk sikit la semester ni..tpi hati nak jugak menulis untuk berkongsi bersama-sama dengan sahabat2 sekalian..hari ini kalendar hijrah telahpun menunjukkan 25 syaaban 1431..maknanya 5 hari lagi untuk aku mendaftarkan diri memasuki universiti RAMADHAN..target pun telah dibuat..full strength of TAQWA menjadi objektif utama..


    Firman Allah SWT :

    “ Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”

    ( Al- Baqarah 2 : 183)


    tpi!!!...bagaimana pula dengan persedian mahupun persiapan aku ni??..nilah langkah-langkah awal untuk mempersiapan diri kita merangkumi seluruh aspek agar Ramadhan dilalui dengan penuh persediaan yang rapi agar dapat menjayakan misi kita...chaiyokk!!

    Check list untuk registration!!


    Pertamanya

    Mulakan dengan membiasakan kehidupan kita dengan Al-Quran. Kenapa Al-Quran? Kerana Ramadhan adalah bulan Al-Quran. Lakukan langkah-langkah praktikal. Mulakan membaca Al-Quran setiap hari, tambahkan jumlah ayat yang dibaca berbanding sebelumnya. Disamping itu, luangkan masa mendengar bacaan Al-Quran. Pasang kaset atau mp3 di kereta atau dimana-mana yang sesuai dengan keluangan anda.


    Kedua

    Lakukan warm up dengan membiasakan diri dengan berpuasa sunat sunat setiap Isnin dan khamis. Ini bagi membiasakan biologi badan anda dengan mengosongkan perut di siang hari. Latihan ini akan memberikan satu proses pembiasaan bukan sahaja kepada aspek fizikal tetapi juga aspek rohani dan minda anda kerana ia mempunyai hubungkait yang rapat.


    Ketiga

    Latihkan diri anda untuk tidur awal dan bangun awal seolah-olah anda telah berada di Bulan Ramadhan. Bukan itu sahaja, latih juga untuk melazimi diri dengan ibadah sunat di awal pagi seperti membaca Al-Quran dan Qiamullail.


    Keempat

    Lazimi diri dengan berwudhuk dan selalu melalukan ibadah-ibadah sunnat. Biasakan diri dengan solat-solat sunnat seperti solah sunnat Dhuha, solat sunnat Rawatib dan lain-lain. Bayangkan ganjaran ibadah-ibadah sunnat di Bulan Ramadhan dan tanamkan azam untuk mempertingkatkannya kerana Allah SWT.


    Kelima

    Berikan masa dan peluang untuk bersendirian supaya datang berzikir kepada Allah SWT dan juga sentiasa dapat memuhasabah diri sekerap yang mungkin terutama waktu sebelum tidur. Pohonlah keampunan kepada Allah SWT di atas segala kecuaian, dosa dan maksiat yang dilakukan dan mohonkan kekuatan dan kebaikan kepada Allah SWT.


    Keenam

    Tambah ilmu sebanyaknya. Semak dan rujuk mereka-mereka yang lebih arif seperti ustaz-ustaz dan para alim ulama berkaitan Ramadhan. Hasilan bacaan dan menuntut ilmu bersama mereka akan menambahkan keghairahan anda untuk menyambut Ramadhan dan beribadah semahu-mahunya.


    Ketujuh

    Pertingkatkan amalan sedeqah, infaq dan amal jariah. Laburkan wang untuk golongan miskin dan anak yatim. Rancangkan bajet kewangan untuk disedekah kepada mereka-mereka yang diperlukan dan plan untuk adakan majlis berbuka untuk masyarakat setempat di rumah mahupun di masjid.


    Kelapan

    Luangkan sedikit masa bersama ahli keluarga, rakan, atau sesiapa sahaja di sekitar anda dan berbincanglah perancangan berkaitan persiapan Ramadhan yang bakal tiba, harapan dan sebagainya.



    Mari kita sama-sama buat jom!!..