RaMaDhAn..
Check list untuk registration!!
Pertamanya
Mulakan dengan membiasakan kehidupan kita dengan Al-Quran. Kenapa Al-Quran? Kerana Ramadhan adalah bulan Al-Quran. Lakukan langkah-langkah praktikal. Mulakan membaca Al-Quran setiap hari, tambahkan jumlah ayat yang dibaca berbanding sebelumnya. Disamping itu, luangkan masa mendengar bacaan Al-Quran. Pasang kaset atau mp3 di kereta atau dimana-mana yang sesuai dengan keluangan anda.
Kedua
Lakukan warm up dengan membiasakan diri dengan berpuasa sunat sunat setiap Isnin dan khamis. Ini bagi membiasakan biologi badan anda dengan mengosongkan perut di siang hari. Latihan ini akan memberikan satu proses pembiasaan bukan sahaja kepada aspek fizikal tetapi juga aspek rohani dan minda anda kerana ia mempunyai hubungkait yang rapat.
Ketiga
Latihkan diri anda untuk tidur awal dan bangun awal seolah-olah anda telah berada di Bulan Ramadhan. Bukan itu sahaja, latih juga untuk melazimi diri dengan ibadah sunat di awal pagi seperti membaca Al-Quran dan Qiamullail.
Keempat
Lazimi diri dengan berwudhuk dan selalu melalukan ibadah-ibadah sunnat. Biasakan diri dengan solat-solat sunnat seperti solah sunnat Dhuha, solat sunnat Rawatib dan lain-lain. Bayangkan ganjaran ibadah-ibadah sunnat di Bulan Ramadhan dan tanamkan azam untuk mempertingkatkannya kerana Allah SWT.
Kelima
Berikan masa dan peluang untuk bersendirian supaya datang berzikir kepada Allah SWT dan juga sentiasa dapat memuhasabah diri sekerap yang mungkin terutama waktu sebelum tidur. Pohonlah keampunan kepada Allah SWT di atas segala kecuaian, dosa dan maksiat yang dilakukan dan mohonkan kekuatan dan kebaikan kepada Allah SWT.
Keenam
Tambah ilmu sebanyaknya. Semak dan rujuk mereka-mereka yang lebih arif seperti ustaz-ustaz dan para alim ulama berkaitan Ramadhan. Hasilan bacaan dan menuntut ilmu bersama mereka akan menambahkan keghairahan anda untuk menyambut Ramadhan dan beribadah semahu-mahunya.
Ketujuh
Pertingkatkan amalan sedeqah, infaq dan amal jariah. Laburkan wang untuk golongan miskin dan anak yatim. Rancangkan bajet kewangan untuk disedekah kepada mereka-mereka yang diperlukan dan plan untuk adakan majlis berbuka untuk masyarakat setempat di rumah mahupun di masjid.
Kelapan
Luangkan sedikit masa bersama ahli keluarga, rakan, atau sesiapa sahaja di sekitar anda dan berbincanglah perancangan berkaitan persiapan Ramadhan yang bakal tiba, harapan dan sebagainya.
Mari kita sama-sama buat jom!!..