• About
  • Parent Page
  • Archives
  • Powered by
  • A years ago...

    Jun 12, 2010
    Alhamdullilah berpeluang juga sekali lagi untuk menulis di blog ini..post kali ini berkisarkan tentang kisah hidup peribadi saya..kenapa pula setahun yang lalukan?..sebenarnye setahun lalulah yang membuatkan diriku kehilangan seorang insan yang ku sayangi...Muhammad 'Ammar bin Zulkifli..banyak pengalaman mahupun kenangan saya bersama arwah..hanya Allah saja yang tahu bagaimana perasaan aku ini...


    Sebenarnya apa yang saya cuba ceritakan adalah tentang apa yang berlaku setahun yang lalu..ketika berita kematian arwah ,saya ada kat lumut..menjalani latihan yang sama selama sebulan..cerita nye bermula apabila..

    one day..x silap hari khamis..11 haribulan 6..saya tengah rehat selepas ada latihan kawad sebab keesokan harinya saya ada ujian..tiba2 datang pegawai pengiring saya..leftenan nazri..

    "ikhwan mna satu ek?"..tanya beliau..dengan automatic saya menyahut la.."tuan!!"..selepas tu dia bagi saya telefon bimbit untuk call ayah saya..time tu la naik adrenalin aku..knpa pulak tiba2 ni..cepat2 la saya call abah sya..

    "assalamulaikum abah!!"...soal saya.."walaikumusalam.."...dengan nada yang sebak abah menjawab salam.."along dah meninngal"..sambung abah tanpa sempat saya bertanya..luluh hati terkejut tidak sangka..hati ini cuba kata along lain..tapi abah cakap along kita..tergamam x terkata,along yang aku sayangi telah kembali kerahmatullah..kwan2 saya yang lain cuba memberi kata semangat kepada saya agar bersabar..

    permohonan cuti dahla mengambil masa yang lama..keesokan harinya selepas solat jumaat barulah saya dibenarkan pulang kerumah..dapat cuti 3 hari 2 malam je...Allah izin jenazah allahyarham sampai esok harinye disebabkan penerbangan tertunda..sepanjang perjalanan pulang dari lumut ke pulau pinang dalam kepala otak ni asyik terfikirkan kenangan aku bersama arwah..x hbis2 mata mengalir air mata..tapi bagaimana yang pergi tetap pergi..dan aku bersyukur sebab sempat menatap muka arwah buat kali terakhir..

    selepas apa yang saya lalui, hidup penuh tertekan dengan latihan yang saya kena time tu..ditambah lagi dengan musibah yang menimpa..baru diri ini tersedar erti UJIAN yang sebenarnya..Allah menguji hambanya bukanya untuk menjatuhkan iman atau menjauhkan diri dariNya,tetapi sebaliknya..kita apabila ditimpa musibah mahupun ujian perlu kembali kepada pencipta kita..Allah tidak sesekali membenci hambanya tapi Allah sayang kitalah Allah uji kita dengan dugaan..

    kepada kwan-kwan apabila ditimpa musibah bersabar la banyak2..cuba dekatkan diri kembali kepada Allah dan ingat pesanan pesuruhNya iaitu kembali kepada al-quran mahupun As-Sunnah..

    Give me a Power..

    Jun 5, 2010

    Assalamualaikum kepada teman2 sekalian...alhamdulluilah saya panjatkan kepada Ilahi disebabkan kerana masih diberi peluang untuk menulis post kali ni..sebenarnya saya sekarang berada di pengkalan TLDM di lumut untuk menjalani latihan ketenteraan laut selama sebulan..Allah izin hari ini group saya diberi peluang untuk shore leave (outing dlam naval term) di kawasan sekitar lumut...apa lagi peluang yang ada ni lah saya cuba untuk menulis post kali ini...


    Sebenarnye ape yang ingin saya cuba kongsikan dengan saudara dan saudari sekalian ialah tentang apa saya lalui selama seminngu ini.Ikutkan banyak yang saya hendakkan kongsikan...tapi ada satu peristiwa yang saya cuba highlightkan...


    Al-Kisah...



    Satu hari saya dengan member2 saya buatlah masalah..masalah apa plak?...x yah cerita kot..maralah pegawai yang bertugas hari tu...lepas tu kita orang kenalah "belasah" dengan dia dalam lebih kurang setengah jam jugak la..tapi sepanjang saya punya kumpulan menghabiskan masa dengan dia..dalam hati ini berbisik..


    "kenapalah la aku masuk askar??..."..dengan nada yang menyesal dan kecewa..


    tapi bila lama kelamaan barulah aku tersedar landasan aku yang sebenarya..tujuan dan apa matlamat aku...lalu DOAlah menjadi sumber kekuatan..


    "Ya Allah,berikanlah aku kekuatan untuk aku terus berjuang di jalanMu..permudahkanlah segala urusanku,bantulah aku menghadapi ujian yang mendatang,jauhkanlah aku dari sebarang musibah.."


    sebenarnya Allah telah mengarahkan kepada kita untuk berdoa kepadaNya,

    "Berdoalah kepada-Ku,nescaya aku aku akan memperkenankan bagimu.sesuunguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk ke dalam neraka jahanam dalam keadaan hina bina" (Al-mukmin:60)


    Begitulah firman Allah tentang doa..jadikanlah ia sebagai sumber kepada kita tatkala kita lemah mahupun kuat disisi-Nya..









    Good luck and may Allah bless you..