• About
  • Parent Page
  • Archives
  • Powered by
  • A years ago...

    Jun 12, 2010
    Alhamdullilah berpeluang juga sekali lagi untuk menulis di blog ini..post kali ini berkisarkan tentang kisah hidup peribadi saya..kenapa pula setahun yang lalukan?..sebenarnye setahun lalulah yang membuatkan diriku kehilangan seorang insan yang ku sayangi...Muhammad 'Ammar bin Zulkifli..banyak pengalaman mahupun kenangan saya bersama arwah..hanya Allah saja yang tahu bagaimana perasaan aku ini...


    Sebenarnya apa yang saya cuba ceritakan adalah tentang apa yang berlaku setahun yang lalu..ketika berita kematian arwah ,saya ada kat lumut..menjalani latihan yang sama selama sebulan..cerita nye bermula apabila..

    one day..x silap hari khamis..11 haribulan 6..saya tengah rehat selepas ada latihan kawad sebab keesokan harinya saya ada ujian..tiba2 datang pegawai pengiring saya..leftenan nazri..

    "ikhwan mna satu ek?"..tanya beliau..dengan automatic saya menyahut la.."tuan!!"..selepas tu dia bagi saya telefon bimbit untuk call ayah saya..time tu la naik adrenalin aku..knpa pulak tiba2 ni..cepat2 la saya call abah sya..

    "assalamulaikum abah!!"...soal saya.."walaikumusalam.."...dengan nada yang sebak abah menjawab salam.."along dah meninngal"..sambung abah tanpa sempat saya bertanya..luluh hati terkejut tidak sangka..hati ini cuba kata along lain..tapi abah cakap along kita..tergamam x terkata,along yang aku sayangi telah kembali kerahmatullah..kwan2 saya yang lain cuba memberi kata semangat kepada saya agar bersabar..

    permohonan cuti dahla mengambil masa yang lama..keesokan harinya selepas solat jumaat barulah saya dibenarkan pulang kerumah..dapat cuti 3 hari 2 malam je...Allah izin jenazah allahyarham sampai esok harinye disebabkan penerbangan tertunda..sepanjang perjalanan pulang dari lumut ke pulau pinang dalam kepala otak ni asyik terfikirkan kenangan aku bersama arwah..x hbis2 mata mengalir air mata..tapi bagaimana yang pergi tetap pergi..dan aku bersyukur sebab sempat menatap muka arwah buat kali terakhir..

    selepas apa yang saya lalui, hidup penuh tertekan dengan latihan yang saya kena time tu..ditambah lagi dengan musibah yang menimpa..baru diri ini tersedar erti UJIAN yang sebenarnya..Allah menguji hambanya bukanya untuk menjatuhkan iman atau menjauhkan diri dariNya,tetapi sebaliknya..kita apabila ditimpa musibah mahupun ujian perlu kembali kepada pencipta kita..Allah tidak sesekali membenci hambanya tapi Allah sayang kitalah Allah uji kita dengan dugaan..

    kepada kwan-kwan apabila ditimpa musibah bersabar la banyak2..cuba dekatkan diri kembali kepada Allah dan ingat pesanan pesuruhNya iaitu kembali kepada al-quran mahupun As-Sunnah..

    0 kritiks: