• About
  • Parent Page
  • Archives
  • Powered by
  • Dah bersedia ke belum??

    Sep 2, 2010
    salam..syukur alhamdullilah masih diberi ksempatan untuk menulis dihujung ramadhan ni...masa berlalu sungguh cepat sehinggakan baru sahaja merasakan seolah-olah semalam baru start puasa tapi hakikatnye sudah 23 hari kita menunaikan tnggungjawab sebagai seorang insan yang bergelar muslim...tatkala berada di 10 semalam terakhir,bila mana dibukaknya pintu syurga..hati ni sedaya upaya cuba merapatkan diri dengan Rabb..cuba untuk mengejar malam yang dikatan lebih baik dari seribu malam tapi selalu bermain difikiran ku...ni ke tahap aku untuk bertemu penciptaku??..layak ke aku??..bagaimana pula untuk aku menghadapi kematian..
    bila-bila masa sahaja tidak mengira waktu mahupun tepat..Allah akan mengarahkan malaikatNYA, Izrail untuk mengcabut nyawa dari jasad kita yang hina ini...



    kematian seorang manusia tentunya pasti dan pasti serta telah dituliskan dalam qada' dan qadar' kita...Allah s.w.t pun telah bersabda dalam al quran

    begitu jelas kesudahan hidup seorang insan di atas muka bumi ini..tapi adakah persedian sudah cukup??..tepuk dada tanya iman..bila dicakap tentang mati kita juga perlu ingat akan rukun iman yang kelima...hari KIAMAT!!..satu kehidupan yang infinity..tiada kesudahanya dibangitkan semula untuk dihisab segala amalan sepanjang hidup di atas muka bumi yang sementara..

                
    Tersentuh hati tatkala menglihat video ini...moga kita digolongkan dalam kaum nabi Muhammad yang mendapat perlindungan dari baginda...

    Ya Allah! Perbaikilah agama kami yang ianya menjadi ‘pemeliharaan segala urusan kami’, perbaikilah hal keduniaan kami yang ianya menjadi ‘tempat urusan hidup kami’ perbaikilah hal akhirat kami yang ianya menjadi ‘tempat kembali kami’, perbaikilah hubungan dan pergaulan kami serta perjinakkanlah hati di antara kami, jadikanlah hidup ini untuk kami menambah segala kebajikan serta jadikanlah mati itu sebagai tempat kelepasan (kerehatan) kami dari segala macam kesusahan (kejahatan).

    Ya Allah! Kau ampunilah dosa-dosa kami dan dosa kedua-dua ibubapa kami,dosa saudara-mara kami dan kaum muslimin dan muslimat yang telah meninggal jadikan kubur mereka dan kubur kami nanti seluas-luas taman syurga Mu.