• About
  • Parent Page
  • Archives
  • Powered by
  • uNitE TogetHer.

    Nov 25, 2010
    "Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia."

    sepupu-sepapat perempuan

    sepupu-sepapat lelaki

    head of brotherhood chain

    majlis jalinan ukhwah family siti aishah dan ramli sempena hari raya aidiladha.walaupun takde di tempat kejadian tapi hati di sana.Moga Allah memberkati semua sekali ahli keluarga dan diletakkan di kalangan orang yang beriman.

    hYgIenE pArt2

    alhamdullilah diberi jugak kesempatan untuk menyambung entri yang sebelum ini tertangguh disebabkan kesibukan dengan paper yang belum habis,i/Allah tinggal lagi dua paper untuk diakhiri..seperti yang dijanjikan untuk sesi yang kedua ini akan dikongsikan tips-tips ataupun perkara apa yang sepatutnya kita beri perhatian.




    Kebersihan Gigi

    Bila abaikan kebersihan gigi ini akan mengundang species penyakit yang diberi nama gingivitis, masalah gigi dan yang paling penting sekali bau mulut.Bau mulut ni lah memalukan dan jelas.

    sebab2 bau mulut.

    1)makan terlekat kat di gigi.
    2)makanan apa yang kita makan.kurangkan makan makanan yang odour dia kuat sangat mcm bawang putih, durian, petai dan etc.
    3)penyakit gusi

    macam mna nak buat ekk??

    1)berus gigi sekurangnya tiga kali sehari terutamanya time lepas makan atau sebelum tido.kalau boleh amalkan sunnah dengan menggunakkan ubat gigi sugi (colgate).
    2)gunakan floss aka colek gigi.jgn dok biar je lekat kat celah gigi nanti jadi pekasam.
    3)kerap bersihlan kat permukaan lidah kita.bacteria selalu lepak situ dan menjadi penyumbang utama bau busuk bila kita buka mulut atau bercakap.

    nak tahu mulut kita bau??

    1)tanya orang yang kita rasa2 boleh beri jawapan secara jujur sejujurnya.
    2)hembuskan nafas kat saputangan.lpas tu try2 la bau.



    Kebersihan Badan

    Bila ada bau badan mesti kita rasa kurang selesa terutamanya bila nak berinteraksi ngan orang lain.Hubungan sosial akan terjejas dan teramat bahaya la kalau kit tidak amik tindakan mencegah.Benda ini jadi disebabkan peluh yang berada di bawah ketiak ataupun groin.bakteria yang ada kat situ la hasilkan bau bucuk.

    cam mna nak elak??

    1)cuci kawasan yang sepatutnya elok2..pakai sabun bakteria or ape2 jenis2 sabun.
    2)pakai deodorant (untuk laki cadangkan rexona)
    3)tukar baju.sehari atau 2 hari satu baju bukan seminggu baru tukar.


    setakat tu je la kalau hendak dikongsikan untuk tip-tip penjagaan kebersihan.i/Allah kalau diberi kesempatan akan kongsikan lagi macam mna kita nak bergaya,etika-etika pemakain,cara pemilihan baju dan macam-macam lagi.semua ini adalah ilmu2 sampingan yang patut kita tahu disebabkan dalam kehidupan kita islam telah mengajar kita supaya mempraktikkanya secara syumul dari semua aspek sekalipun.So kita sebagai muslim ataupun muslimah perlulah selalu kelihatan sihat,cergas serta smart agar kehidupan kita diberkati Allah.




    Dayus OoO dAyus!!

    Nov 21, 2010



    assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang non-muslim,kat sini nak kongsi satu isu yang dipandang remeh oleh semua orang tidak kira umur dan darjat.DAYUS!!!.Saya tersentap bila baru-baru ini mendengar khutbah jumaat di masjid bertam indah yang dibacakan oleh Ustaz Zawawi (imam besar).tersentuh di kalbu bila mendengar isi-isi khutbah yang disampaikan.rasa macam perkara simple saja tapi dasyhat balasanya.Dalam hal ini Nabi SAW ada bersabda:



    "ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي"

    maksudnya:

    "Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS"

    ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )



    Kita boleh lihat betapa teruknya balasan yang menunggu seorang lelaki yang dayus sehinnga tarafnya sama dengan seorang anak yang menderhakakan kedua ibu bapanya.Ditambah lagi dengan satu hadith lain:



    ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .

    maksudnya:

    "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie)



    Malah banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki DAYUS ni???..Berdasarkan beberapa riwayat athar dan hadith yang lain, dayus dikatakan sebagai:




    وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله

    maksudnya:

    Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)



    Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.



    BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

    Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

    1. Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
    2. Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
    3. Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
    4. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'supporting' yang memahami.
    5. Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
    6. Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
    7. Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
    8. Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
    9. Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

    Ayuh teman-teman elaklah kita dari tergolong dari kumpulan ini ataupun kita yang menyebabkan orang lain tergolong dalam kumpulan ini.Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka. So kepada member-membe yang sudah ataupun bakal dirikan rumah tangga..beringat2lah dalam hal ini.Protect la family kita ataupun isteri walaupun sehinnga mati kerana Nabi SAW ada bersabda:



    ن قتل دون أهله فهو شهيد"

    maksudnya:

    "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)



    p/s : Khutbah di atas telah digubal berdasarkan satu artikel yang ditulis oleh Al-Fadhil Ustaz Zaharuddin. Ucapan JazakAllahukhairan kpd beliau. Moga dapat dimanafaatkan oleh semua khatib serta para pendakwah di jalan Allah.


    hYgIenE pArt1

    Nov 19, 2010

    alhamdullilah berpeluang jugak untuk tulis blog kali ini..kali ini i/Allah post ini lain dari post2 yang lain...kali ini nak kongsi skit la ilmu yang mungkin orng tahu tapi buat2 x tahu...ni pasal kita punya "personal hygiene" ataupun kebersihan peribadi..sebenarnya ni adalah amalan menjaga diri sendiri dan seseorang untuk tinggal atau ataupun bekerja dalam keadaan bersih..bla keadaan bersih kita dapat jaga kesihatan dan cegah dari sebarang penyakit..i/Allah..Allah ada berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 22.


    ".......Sesunguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri."

    Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda :

    "Allah itu cantik dan Allah itu sukakan kecantikan "
    (Hadith riwayat Tarmizi)

    Ditambah lagi dengan firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 108

    "... Allah menyukai orang-orang yang bersih"

    Kita boleh lihat betapa pentingnya kebersihan dalam kehidupan kita.Kita perlu jadikan sifat menjaga kebersihan ini adalah satu tabiat dan perlu rasa seolah tidak senang hati bla melihat kawasan keliling kita kotor..penjagaan sanitari yang btul pnting jgk untuk jaga hbungan dengan orang lain, pengaruhi kesihatan dan yang paling penting kita punya self confidence...setiap hari kita ber"communicate" dengan orang lain so bnda yang menjadi big problems ialah bau badan, mulut yang berbau, kuku jari kotor, gigi rompang-ramping(sorry ek), kaki berbau ataupun jerawat(dri sndiri).huhu..kdng2 semua bnda2 ni tuan punya bdan x perasaan...

    contoh situasi yang berlaku


    agak menyedihkan jugak la bila golongan-golongan dewasa ini tidak sedar betapa pentingnya penjagaan kebersihan diri sendiri dan rawatan...mencuci tangan , penjagaan rambut, mencukur dan lain-lain lagi adalah satu perkara yng sangat mudah dilakukan tetapi x semua yang menjadikanya sebagai kebiasaan...Rasulullah pernah bersabda mngenai pejagaan kebersihan diri sendri ini...

    Sabda Rasulullah s.a.w.

    Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Lima perkara yang menjadi fitrah manusia iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak.'
    (Riwayat at-Tabarani)


    Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, 'Rasulullah s.a.w. memotong kukunya dan mencukur misainya pada hari jumaat sebelum baginda mengerjakan sembahyang.'
    (Riwayat at-Tabarani)


    Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, 'Sesiapa yang mempunyai rambut maka hendaklah ia merapikannya.'
    (Riwayat Abu Daud)


    Maksudnya: 'Daripada Ibnu Umar r.a. katanya, Rsulullah s.a.w. bersabda, 'Apabila salah seorang daripada kamu hendak makan, maka hendaklah ia membasuh tangannya.'
    (Riwayat Ibnu ‘Adi)

    Jadi telah jelas berdasarkan hadith2 di atas bahwa kebersihan itu sangat penting bagi menggambarkan lambang kecantikan, kekemasan, kebersihan dan nilai personaliti orang Islam.




    p/s :nantikan part2 untuk tips2 penjagaan plak.. :)


    sAcriFIed....

    Nov 17, 2010
    Bismillah dan assalamualaikum saya ucapkan kepada semua.Hari ni kalendar hijrah menunjukkan 11 zulhijah 1431 iaiu bersamaan hari raya kedua aidiladha.Bila kita cakap tentang hari raya aidiladha masing-masing tahu ia adalah satu perayaan bagi mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim yang sanggup menyembelih puteranya yang disayangi iatu Nabi Ismail.Semuanya dilakukan atas dasar keimanan yang kuat bagi melaksanakan perintah Allah.Tapi sejauh mana kita mentafsirkan istilah pengorbanan untuk diemplimentasikan dalam kehidupan kita.Alhamdullilah dengan izin Allah saya pada tahun ini berkesempatan untuk melaksanakan ibadah korban buat kali pertama.

    Banyak yang saya dapat pelajari dan rasa,bilamana ada saat bisikan syaitan yang cuba menyesalkan diri ini untuk melaksanakan ibadah korban.macam-macam perkara terlintas di dalam benak fikiran kenapa la aku masuk korban tahu ni....buat benda lain lagi bagus...tpi saya cuba menguatkan hati dan meanggap ini sebagai satu pengorbanan.Banyak lagi contoh yang kita boleh ambil untuk menjelaskan erti pengorbanan yang sebenarnya.Mari kita lihat kisah-kisah sirah di mana seluruh penduduk mekah yang beragama islam telah berhijrah ke negara Habsyah dengan meninggalkan segala-galanya termasuk harta atau barang-barang perniagaan.Semuanya dilakukan atas keutuhan iman mereka masing-masing bagi melakukan perintah Allah.Marilah kita mengambil serta beramal dengan contoh yang terbaik daripada kalamuallah yang telah diturunkan kepada kita.



    ni disertakan gambar suasana raya haji pada tahun ini.Moga Allah menerima segala amalan yang kita lakukan...






    Allahakhbar!!!



    kedai lemang milik bapa saudara