• About
  • Parent Page
  • Archives
  • Powered by
  • Dayus OoO dAyus!!

    Nov 21, 2010



    assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang non-muslim,kat sini nak kongsi satu isu yang dipandang remeh oleh semua orang tidak kira umur dan darjat.DAYUS!!!.Saya tersentap bila baru-baru ini mendengar khutbah jumaat di masjid bertam indah yang dibacakan oleh Ustaz Zawawi (imam besar).tersentuh di kalbu bila mendengar isi-isi khutbah yang disampaikan.rasa macam perkara simple saja tapi dasyhat balasanya.Dalam hal ini Nabi SAW ada bersabda:



    "ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي"

    maksudnya:

    "Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS"

    ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )



    Kita boleh lihat betapa teruknya balasan yang menunggu seorang lelaki yang dayus sehinnga tarafnya sama dengan seorang anak yang menderhakakan kedua ibu bapanya.Ditambah lagi dengan satu hadith lain:



    ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .

    maksudnya:

    "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie)



    Malah banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki DAYUS ni???..Berdasarkan beberapa riwayat athar dan hadith yang lain, dayus dikatakan sebagai:




    وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله

    maksudnya:

    Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)



    Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.



    BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

    Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

    1. Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
    2. Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
    3. Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
    4. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'supporting' yang memahami.
    5. Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
    6. Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
    7. Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
    8. Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
    9. Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

    Ayuh teman-teman elaklah kita dari tergolong dari kumpulan ini ataupun kita yang menyebabkan orang lain tergolong dalam kumpulan ini.Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka. So kepada member-membe yang sudah ataupun bakal dirikan rumah tangga..beringat2lah dalam hal ini.Protect la family kita ataupun isteri walaupun sehinnga mati kerana Nabi SAW ada bersabda:



    ن قتل دون أهله فهو شهيد"

    maksudnya:

    "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)



    p/s : Khutbah di atas telah digubal berdasarkan satu artikel yang ditulis oleh Al-Fadhil Ustaz Zaharuddin. Ucapan JazakAllahukhairan kpd beliau. Moga dapat dimanafaatkan oleh semua khatib serta para pendakwah di jalan Allah.


    1 kritiks:

    1. Anonymous said...:

      Assalamualaikum...cari-cari info terjumpa kat blog ni =)