• About
  • Parent Page
  • Archives
  • Powered by
  • hYgIenE pArt1

    Nov 19, 2010

    alhamdullilah berpeluang jugak untuk tulis blog kali ini..kali ini i/Allah post ini lain dari post2 yang lain...kali ini nak kongsi skit la ilmu yang mungkin orng tahu tapi buat2 x tahu...ni pasal kita punya "personal hygiene" ataupun kebersihan peribadi..sebenarnya ni adalah amalan menjaga diri sendiri dan seseorang untuk tinggal atau ataupun bekerja dalam keadaan bersih..bla keadaan bersih kita dapat jaga kesihatan dan cegah dari sebarang penyakit..i/Allah..Allah ada berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 22.


    ".......Sesunguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri."

    Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda :

    "Allah itu cantik dan Allah itu sukakan kecantikan "
    (Hadith riwayat Tarmizi)

    Ditambah lagi dengan firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 108

    "... Allah menyukai orang-orang yang bersih"

    Kita boleh lihat betapa pentingnya kebersihan dalam kehidupan kita.Kita perlu jadikan sifat menjaga kebersihan ini adalah satu tabiat dan perlu rasa seolah tidak senang hati bla melihat kawasan keliling kita kotor..penjagaan sanitari yang btul pnting jgk untuk jaga hbungan dengan orang lain, pengaruhi kesihatan dan yang paling penting kita punya self confidence...setiap hari kita ber"communicate" dengan orang lain so bnda yang menjadi big problems ialah bau badan, mulut yang berbau, kuku jari kotor, gigi rompang-ramping(sorry ek), kaki berbau ataupun jerawat(dri sndiri).huhu..kdng2 semua bnda2 ni tuan punya bdan x perasaan...

    contoh situasi yang berlaku


    agak menyedihkan jugak la bila golongan-golongan dewasa ini tidak sedar betapa pentingnya penjagaan kebersihan diri sendiri dan rawatan...mencuci tangan , penjagaan rambut, mencukur dan lain-lain lagi adalah satu perkara yng sangat mudah dilakukan tetapi x semua yang menjadikanya sebagai kebiasaan...Rasulullah pernah bersabda mngenai pejagaan kebersihan diri sendri ini...

    Sabda Rasulullah s.a.w.

    Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Lima perkara yang menjadi fitrah manusia iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak.'
    (Riwayat at-Tabarani)


    Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, 'Rasulullah s.a.w. memotong kukunya dan mencukur misainya pada hari jumaat sebelum baginda mengerjakan sembahyang.'
    (Riwayat at-Tabarani)


    Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, 'Sesiapa yang mempunyai rambut maka hendaklah ia merapikannya.'
    (Riwayat Abu Daud)


    Maksudnya: 'Daripada Ibnu Umar r.a. katanya, Rsulullah s.a.w. bersabda, 'Apabila salah seorang daripada kamu hendak makan, maka hendaklah ia membasuh tangannya.'
    (Riwayat Ibnu ‘Adi)

    Jadi telah jelas berdasarkan hadith2 di atas bahwa kebersihan itu sangat penting bagi menggambarkan lambang kecantikan, kekemasan, kebersihan dan nilai personaliti orang Islam.




    p/s :nantikan part2 untuk tips2 penjagaan plak.. :)


    0 kritiks: