• About
  • Parent Page
  • Archives
  • Powered by
  • Susahnye!!

    Dec 27, 2010
    alhamdullilah berpeluang jugak untuk menulis enti kali ini setelah sekian lama ditinggalkan..kekangan masa ditambah dengan kepenatan disebabkan musim latihan ketenteran dan tiada istiqamah dalam penulisan..hanya Allah saja tahu hati ini...kali ini post pun akan berkisarkan tentang SUSAHnye hati ini nak istiqamah..

    agak2 apa la penyebab hati ini susah nak istiqamah ataupun konsisten kearah jalan yang benar sedangkan bila kita nak buat sesuatu yang mendatangkan dosa sangat senang dan boleh berterusan sehingga tiba pengakhiranya..kenapa Allah menciptakan kepada kita situasi macam itu..apapun semua tu adalah kehendak Ilahi..bila muhasabah dibuat ,HATi rupanya yang menjadi punca...



    masing2 tahu hati adalah "organ" penting dalam kehidupan seharian seorang muslim untuk beribadah kepada penciptanya..Rasullah ada meriwayatkan di dalam sebuah hadis :

    "Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh ada segumpal daging.Apabila ia baik jadi baiklah seluruh badanya,dan sekiranya buruk, buruklah semuanya.Ketahuilah ia adalah hati."

    So kita boleh rumuskan kat sini kalau diri kita terasa jauh dengan Allah ataupun tersasar di jalan yang sepatutnya maknanya hati kita tengah sakit.so kita bila sakit mesti kita cepat-cepat jumpa doktor dan minta ubat,takut2 nanti penyakit ini melarat dan menjadi kronik.

    Doa adalah ubat yang terbaik dalam menangani hati yang sakit ini.Bermohonlah kepada Allah agar hati kita sentiasa dekat kepadaNya dan sentiasa mengingatiNya.Kuatkan jiwa dan iman kita dalam melawan hawa nafsu dan hasutan syaitan.Hawa nafsu dan syaitan adalah barah yang paling bahaya kita perlu hadapi.Insan yang lemah ataupun jauh disudut hatinya tiada tempat untuk cinta kepada senanglah tumbang atau tumpas dengan menjadikan hawa nafsu sebagai petunjuk jalan.Semoga perkongsian ini bermakna.