• About
  • Parent Page
  • Archives
  • Powered by
  • Antara Dua Jalan

    Jun 24, 2011

    Alhamdullilah diberi kesempatan untuk menulis entri kali ini setelah sekian lama meninggalkan halaman pujangga hidup dibiarkan berhabuk .Perasaan malas dan tenggelam dalam kesibukan dunia menjadi penghalang.I/Allah kali ini cuba untuk berkongsi tentang satu tajuk yang cukup indah untuk kita bincangkan dan dikongsikan.

    Jalan yang dimaksudkan bukanlah jalan untuk kita ke kenduri perkahwinan, ke dewan kuliah, shopping market dan etc, tetapi jalan yang menentukkan pengakhiran kehidupan kita yang bergelar sebagai seorang hamba kepada Rabb yang Maha Esa.Adakah ia akan berakhir dengan satu destinasi yang sangat kita idamkan ataupun kita takut malah benci untuk menghadapinya.

    وَهَدَيۡنَـٰهُ ٱلنَّجۡدَيۡنِ (١٠
    "Dan kami telah tunjukkanya dua jalan (jalan kebajikan dan jalan kejahatan) "
    (surah balad : ayat 10)

    Ayat di atas telah menerangkan secara umum apakah yang dimaksudkan dengan jalan oleh saya.Setiap insan mesti terpikir dalam jiwa mereka, di jalan manakah aku sekarang?...Kita perlu ingat Allah telahpun mengariskan jalan itu sejak di saat kita ditiupkan roh di dalam kandungan seorang ibu.Seseorang itu pun akan mengerti makna kebahagian di saat ia telah ditarik dari belenggu jahiliyah dengan cahaya hidayah-Nya dan tahu akan peringkat-peringkat perjalan dalam melangkah menuju ke matlamatnya.Janganlah menjadi insan yang menjadikan hawa nafsu serta kemahuan kepada duniawi yang hanya bersifat sementara sebagai Ilah.


    فَفِرُّوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ‌ۖ إِنِّى لَكُم مِّنۡهُ نَذِيرٌ۬ مُّبِينٌ۬ (٥٠) وَلَا تَجۡعَلُواْ مَعَ ٱللَّهِ إِلَـٰهًا ءَاخَرَ‌ۖ إِنِّى لَكُم مِّنۡهُ نَذِيرٌ۬ مُّبِينٌ۬ (٥١)
    "(Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata. Dan janganlah kamu adakan tuhan yang lain bersama Allah (dalam kepercayaan kamu), sesungguhnya aku diutus oleh Allah kepada kamu sebagai pemberi amaran yang nyata. "
    (surah adz dzaariyat : ayat 50-51)

    Wahai manusia,di sisi kita hanyalah terbentang dua jalan atau pilihan.Tidak ada pilihan yang ketiga.

    JALAN PERTAMA

    Jalan yang terbentang luas di hadapan.Menjanjikan pengakhiran destinasi yang diidamkan oleh segenap manusia yakni syurga dan redha Allah.Permulaan perjalanan adalah dengan meletakkan keyakinan dan keimanan (terhadap Allah) sebagai pemula langkah.Disulami dengan istiqamah serta ketaatan kepada yang Raab.Cukup indah jalan yang pertama ini.

    وَبَشِّرِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ أَنَّ لَهُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ‌ۖ ڪُلَّمَا رُزِقُواْ مِنۡہَا مِن ثَمَرَةٍ۬ رِّزۡقً۬ا‌ۙ قَالُواْ هَـٰذَا ٱلَّذِى رُزِقۡنَا مِن قَبۡلُ‌ۖ وَأُتُواْ بِهِۦ مُتَشَـٰبِهً۬ا‌ۖ وَلَهُمۡ فِيهَآ أَزۡوَٲجٌ۬ مُّطَهَّرَةٌ۬‌ۖ وَهُمۡ فِيهَا خَـٰلِدُونَ (٢٥
    " Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan Syurga itu, mereka berkata: Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya) dan disediakan untuk mereka dalam Syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya. "
    (surah al baqarah ayat 25)

    JALAN KEDUA

    Jalan yang gondol, terasing, sunyi serta penuh dengan kegelapan dan kehibaan.Disaat permulaan perjalanan adalah bantahan dan keingkaran kepada Allah.Penghujungnya adalah nerakan jahanam yang mana apinya menyala-nyala serta kemurkaan Allah.Tahapnya pula adalah dengan menjadikan kemungkaran serta kemaksiatan sebagai panduan.Ya Allah jauhkanlah diriku ini dari ajalan ini selagi hayat dikandung badan.

    فَأَمَّا مَن طَغَىٰ (٣٧) وَءَاثَرَ ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَا (٣٨
    "Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya); Serta dia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata; "
    (surah an-naziaat ayat 37-38)

    Saudara-saudaraku semuslim,marilah kita memilih jalan yang sememangnya Allah janjikan balasan yang tidak dapat kita bayangkan dengan akal fikiran.Bila kita berpegang kepada wahyu yang hakiki yakni AL-Quran untuk dipraktikkan dalam segala urusan dunia maka ia dapat dilaksanakan dengan penuh izzah dan nikmat.Praktikkanlah islam dalam segenap kehidupan walaupun sekecil-kecil perbuatan.Wallahualam..

    dari RAJA ke MAHAraja..

    Apr 8, 2011

    salam diungkapkan penanda pembuka bicara kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian..i/Allah hari ini tergerak untuk menulis satu entri yang ingin dikongsikan bersama...kalau tengok tajuk mesti pelik...apalah tajuk raja2 ini..sebenarnya semua ini adalah berkisarkan tentang sebuah rancangan realiti tv dari astro yang asalnya raja lawak dan sekarang diupgradekan kepada maharaja lawak...ermm..MAHA tu...sungguh tinggi darjatnya yang cuba diletakkan...banyak perkara bermain-main dalam pikiran ini tatkala bermulanya rancangan ini mnggu lepas dan sekarang sudahpun masuk mnggu ke-2....








    apakah tujuan rancangan ini diadakan...sudah tentu mencari seseorang yang MAHA dalam membuatkan orang gelak..untuk apa!!..mencari kebahagian atau releasekan tension..tidak dinafikan gelak ataupun ketawa adalah penghilang kepada kedukaan ,kesdihan dn menghilangkan strees...tetapi bagaimana kita menjadikan ketawa itu adalah satu gelak ketawa yang mendapat keredhaan Allah..ingat itulah matlamat kita sebagai hamba Allah yang diciptakanNya di atas muka yang sementara ini....kawan2 yang dikasihi kerana Allah kita perlu sedar dan tahu bahawa Islam tidak sesekali menghalang umatnya untuk ketawa tetapi kita perlu meletakkan pembatasan dalam ketawa kita itu..Islam adalah agama syumul yang merangkumi segala aspek lantas menjadi peraturan yang mendisiplinkan kehidupan kita...ia termasuklah gelak ketawa kita seharian...

    rakan2 yang dikasihi sekalian...mari kita meneliti dan cuba memahami maksud potongan ayat al-quran di bawah ini..

    oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (pada akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka usahakan.
    (at-Taubah: 82)
    .

    Ketawa adalah fitrah kejadian manusia tetapi kita perlu menghadkan ia supaya tidak sampai ke peringkat yang terlampau ataupun berlebihan.Setiap perkara yang berlebihan seperti makan.sedih,ketawa,tidur dan etc akan mematikan hati kita dan menjauhkan cinta kita yang teragung...cinta Allah!!..Rasullah s.a.w ada bersabda :

    "Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati
    (riwayat Ahmad dan at-Tirmizi).

    ketawa yang berlebihan juga boleh menjauhkan hati kita untuk meningatkan kepada mati..leka dengan keseronokan akhirnya lupa akan persedian untuk mengumpul amal serta bekalan untuk kehidupan yang abadi...kehidupan di dunia ini hanyalah sementara...itu perlu dingat...

    jesteru sedarlah media massa sekarang...cubalah wujudkan rancangan realiti televisyen yang boleh mendekatkan hati-hati kita kepada Allah...ambilah contoh-contoh dari negara yang sudahpun mempraktikkanya...kami sudah bosan dengan lawak yang memperbodohkan diri sendiri , keanak-anakan dan tidak bersifat matang..semuanya cuba untuk mengejar gelaran yang disulami dengan ganjaran..

    p/s:bukan ingin untuk menjatuhkan mana-mana pihak tetapi untuk menegakkan perkara yang sepatutnya ditegakkan...wallahu'alam...

    selamat hari lahir

    Mar 17, 2011

    begitu manis senyumanmu umi...alhamdullilah hari ini bersamaan dengan 18 mac 2011...sudah 48 tahun Allah memberi nikmat kehidupan untuk umi...SELAMAT HARI LAHIR!!!...moga panjnag umur dan dimurahkan rezeki..ingat umi..setiap detik waktu meninggalkan kita sebenarnya menghampiri kepada sempadan kematian...umur semakin meningkat,jangka hayat semakin singkat..persiapkan amalan dengan semaksimanya...kita tuai amalan dengan bnyak...untuk bekalan akhirat nanti...i/Allah..

    Terima kasih banyak-banyak umi jugak di atas pengorbanan umi dan abah dalam mendidik angah...terhutang budi tidak terhingga angah dengan umi...i/Allah akan dibalas dengan sedaya yang angah mampu..tu janji angah...May Allah Bless You..

    sahabat!!

    Mar 14, 2011

    My Sahabat

    I Love U Sahabat

    Sahabat…. esok boleh jadi aku dah tak de…. so… continue dakwah taw…. jangan stop!!!…. nak tulis panjang2 tak ley…. tak tahan… nak nangis jek…. sayang all my sahabats…. Amin Roseli sensitif pasal kawan2… bila tringat dia mesti nak nangis…. malam tadi dapat chat dengan fathi…. best… rasa nak nangis gak…. To member uthm… lepas aku dah tak da, jangan stop study plak… ala… kejap ja study… nanti kita leh jumpa lagi laaa…..

    sahabat…. jangan lupa sedekah banyak2 taw… bukan sedekah al-Fatihah kat ana…. sedekah segala-gala-gala-galanya yang kita ada untuk islam… Harta… ilmu…. tenaga…. segala sumber… kita sedekah taw…. kita usaha sama2 sampai kita sama-sama dapat jumpa lagi kat syurga Allah…. sayang anta semua…. bila ana dah tak da…. teruskan usaha dakwah kita… halaqat jangan tinggal…. ingat taw…. jangan tinggal…. sebab halaqat tu la dapat merapatkan ukhwah kita… bila rapat ukhwah…. baru la Islam kuat…. kita gerakkan Islam okey….alah… sedekah sikit pon tak pe…. pahala bercabang…. yang penting serahkan diri kita taw….

    sahabat…. best sangat dapat sahabat-sahabat macam antum semua…. caring… thanks for take care of me…. sayang antum semua…. ana tak taw bila lagi dapat pelok antum…. lama tak pelok antum…. lama tak pelok Anas…. tak pasti bila lagi boleh jumpa… tu pun kalau Allah izin esok ana ada lagi…. bila ana dah tak dak… selalukan buat reunion taw…. kuatkan hubungan kita…. jaga hubungan kita supaya Allah redhai…. supaya kita dapat jumpa lagi kat akhirat nanti… jangan biar sorang pon lemah taw…. lama tak bergurau…. main2 ngan radhi…. bila lagi ek? yang penting ana tringin sangat nak tengok senyuman antum…. eh… sahabat… jangan gado2 taw….. jangan… tak baik….

    sahabat…. ana mintak maaf taw kalau ada salah silap…. sebab ana rasa ana selalu buat salah kat antum…. jiwang plak… jiwang? jiwang ka? hehe…. dengan antum ana tak kisah…. ana sayang antum…. pliz maafkan ana taw…. ana sentiasa memaafkan antum….

    sahabat…. apa yang kita kejar adalah mardhotillah taw…. sebab kita nak pahala… sama-sama kita usahakan…. bukan apa…. ana takot… kalau ana pulang esok…. kubur ana gelap…. hanya cahaya yang dapat menerangi…. sebab tu ana nak kita sentiasa bersama…. ana kalau dok sorang2…. ana lemah…. tak jadi keja…. ana nak sangat dok ngan antum…. ingat taw…. mardhotillah….. kumpul pahala banyak2…. nanti kita boleh jumpa lagi kan…. mesti best dapat dok syurga sama-sama ngan antum…. dapat tengook antum senyum….

    sahabat…. sayang antum….

    Ya Allah… permudahkanlah jalan kami Ya Allah… Lindungilah kami…. Berkatilah kami…. kekalkanlah hubungan kami diatas jalan menuju-Mu Ya Allah….


    *diambil dri blog seorang sahabat yang saya kasihi...

    http://isshokemmei.wordpress.com

    Pilih!!

    Feb 14, 2011




    atau??






    tepuk dada tanya diri sendiri..

    JaNGan LuPa

    Jan 4, 2011
    syukur alhamdullilah dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana diberi kesempatan untuk postkan entri kali ini.InsyaAllah entri kali ini ingin untuk kongsikan sebuah lagu yang cukup cantik liriknya nyanyian mesut kurtis ft maher zain yang berjudul never forget.lagu ini cuba mengingatkan kita kembali agar jangan lupa akan Rabb dan memuji-Nya.Era ini,kita sentiasa sibuk dengan pekerjaan mahupun study yang menjurus kepada duniawi semata-mata,sehinggakan kita lupa untuk melakukan perkara yang cukup senang dan mudah iatu dengan hanya perlu menyebut 'La Ila ha ila Allah'.Hanya memakan beberapa saat namun kita gagal untuk melakukan atupun mempraktikkan perkara tersebut.so lagu "never forget" ini cuba untuk mengingatkan kita kembali tentang perkara yang sering kita lupai ini.Moga usaha mesut kurtis dan maher zain dalam menyebarkan dakwah dengan muzik ini diterima oleh Allah dan dapat menyedarkan kembali insan-insan yang alpha.




    ni lyrics lagunye.selamat menikmati lagu ini dan jangan lupa untuk menyebut 'La Ila ha ila Allah'.

    =========================================================

    Every night and every day
    Every night and every day
    Never forget to say
    La ilaha illa Allah
    (Nothing worthy of worship except Allah)

    When you’re walking down the street
    And you see the clouds in the sky
    Praise Him and always repeat
    The name of The Most High
    And say with every heartbeat
    La ilaha illa Allah

    Chorus

    No matter where you are or what you do
    Remember Allah is watching over you
    He’s the Light of Heavens and Earth
    He’s the first, and He is the last
    Obey Him and always say
    La ilaha illa Allah

    Chorus

    La ilaha illa Allah
    La ilaha illa Allah
    La ilaha illa Allah
    Never forget to say
    La ilaha illa Allah

    Chorus

    La ilaha illa Allah
    La ilaha illa Allah
    La ilaha illa Allah

    =========================================================

    Susahnye!!

    Dec 27, 2010
    alhamdullilah berpeluang jugak untuk menulis enti kali ini setelah sekian lama ditinggalkan..kekangan masa ditambah dengan kepenatan disebabkan musim latihan ketenteran dan tiada istiqamah dalam penulisan..hanya Allah saja tahu hati ini...kali ini post pun akan berkisarkan tentang SUSAHnye hati ini nak istiqamah..

    agak2 apa la penyebab hati ini susah nak istiqamah ataupun konsisten kearah jalan yang benar sedangkan bila kita nak buat sesuatu yang mendatangkan dosa sangat senang dan boleh berterusan sehingga tiba pengakhiranya..kenapa Allah menciptakan kepada kita situasi macam itu..apapun semua tu adalah kehendak Ilahi..bila muhasabah dibuat ,HATi rupanya yang menjadi punca...



    masing2 tahu hati adalah "organ" penting dalam kehidupan seharian seorang muslim untuk beribadah kepada penciptanya..Rasullah ada meriwayatkan di dalam sebuah hadis :

    "Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh ada segumpal daging.Apabila ia baik jadi baiklah seluruh badanya,dan sekiranya buruk, buruklah semuanya.Ketahuilah ia adalah hati."

    So kita boleh rumuskan kat sini kalau diri kita terasa jauh dengan Allah ataupun tersasar di jalan yang sepatutnya maknanya hati kita tengah sakit.so kita bila sakit mesti kita cepat-cepat jumpa doktor dan minta ubat,takut2 nanti penyakit ini melarat dan menjadi kronik.

    Doa adalah ubat yang terbaik dalam menangani hati yang sakit ini.Bermohonlah kepada Allah agar hati kita sentiasa dekat kepadaNya dan sentiasa mengingatiNya.Kuatkan jiwa dan iman kita dalam melawan hawa nafsu dan hasutan syaitan.Hawa nafsu dan syaitan adalah barah yang paling bahaya kita perlu hadapi.Insan yang lemah ataupun jauh disudut hatinya tiada tempat untuk cinta kepada senanglah tumbang atau tumpas dengan menjadikan hawa nafsu sebagai petunjuk jalan.Semoga perkongsian ini bermakna.