• About
  • Parent Page
  • Archives
  • Powered by
  • dari RAJA ke MAHAraja..

    Apr 8, 2011

    salam diungkapkan penanda pembuka bicara kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian..i/Allah hari ini tergerak untuk menulis satu entri yang ingin dikongsikan bersama...kalau tengok tajuk mesti pelik...apalah tajuk raja2 ini..sebenarnya semua ini adalah berkisarkan tentang sebuah rancangan realiti tv dari astro yang asalnya raja lawak dan sekarang diupgradekan kepada maharaja lawak...ermm..MAHA tu...sungguh tinggi darjatnya yang cuba diletakkan...banyak perkara bermain-main dalam pikiran ini tatkala bermulanya rancangan ini mnggu lepas dan sekarang sudahpun masuk mnggu ke-2....








    apakah tujuan rancangan ini diadakan...sudah tentu mencari seseorang yang MAHA dalam membuatkan orang gelak..untuk apa!!..mencari kebahagian atau releasekan tension..tidak dinafikan gelak ataupun ketawa adalah penghilang kepada kedukaan ,kesdihan dn menghilangkan strees...tetapi bagaimana kita menjadikan ketawa itu adalah satu gelak ketawa yang mendapat keredhaan Allah..ingat itulah matlamat kita sebagai hamba Allah yang diciptakanNya di atas muka yang sementara ini....kawan2 yang dikasihi kerana Allah kita perlu sedar dan tahu bahawa Islam tidak sesekali menghalang umatnya untuk ketawa tetapi kita perlu meletakkan pembatasan dalam ketawa kita itu..Islam adalah agama syumul yang merangkumi segala aspek lantas menjadi peraturan yang mendisiplinkan kehidupan kita...ia termasuklah gelak ketawa kita seharian...

    rakan2 yang dikasihi sekalian...mari kita meneliti dan cuba memahami maksud potongan ayat al-quran di bawah ini..

    oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (pada akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka usahakan.
    (at-Taubah: 82)
    .

    Ketawa adalah fitrah kejadian manusia tetapi kita perlu menghadkan ia supaya tidak sampai ke peringkat yang terlampau ataupun berlebihan.Setiap perkara yang berlebihan seperti makan.sedih,ketawa,tidur dan etc akan mematikan hati kita dan menjauhkan cinta kita yang teragung...cinta Allah!!..Rasullah s.a.w ada bersabda :

    "Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati
    (riwayat Ahmad dan at-Tirmizi).

    ketawa yang berlebihan juga boleh menjauhkan hati kita untuk meningatkan kepada mati..leka dengan keseronokan akhirnya lupa akan persedian untuk mengumpul amal serta bekalan untuk kehidupan yang abadi...kehidupan di dunia ini hanyalah sementara...itu perlu dingat...

    jesteru sedarlah media massa sekarang...cubalah wujudkan rancangan realiti televisyen yang boleh mendekatkan hati-hati kita kepada Allah...ambilah contoh-contoh dari negara yang sudahpun mempraktikkanya...kami sudah bosan dengan lawak yang memperbodohkan diri sendiri , keanak-anakan dan tidak bersifat matang..semuanya cuba untuk mengejar gelaran yang disulami dengan ganjaran..

    p/s:bukan ingin untuk menjatuhkan mana-mana pihak tetapi untuk menegakkan perkara yang sepatutnya ditegakkan...wallahu'alam...

    0 kritiks: