• About
  • Parent Page
  • Archives
  • Powered by
  • One level uP!!!

    May 25, 2010
    Alhamdullilah saya ucapkan kepada Maha Pencipta kerana masih memberi peluang kepada saya untuk menulis bagi post kali ni..walaupun minggu ni agak sbuk dengan latihan ketenteraan kat sni selama 1 sebulan setengah ni dan dua mnggu sudah pun berlalu,saya cuba untuk menulis bagi sama-sama kita lengkap melengkapi antara satu sama lain serta berkongsi pengalaman dengan rakan2 maya yang saya kasihi kerana Allah sekalian..

    Sebenarnye post kali ini bekisarkan tentang apa saya telah hadapi pada military sem kali ni..mesti kwan2 plik..apa hal ni?..level up!!...game ke?...hahaha...mngkin tulah soalan yang termain-main dalam fikiran sahabat-sahabat sekalian..Actually hari ni saya pegawai kadet muhammad ikhwan telah dinaikkan pangkat kepada pegawai kadet kanan ataupun dalam bahasa Navynye..midshipman..Alhamdullilah serta syukur sangat ke hadrat Ilahi kerana memberi peluang kepada hambaNya untuk merasa majlis yang diadakan pagi tdi..ni ada la gambarnye..


    Bkn main posing..hahaha..tpi kawan2 saya sebenarnye bukanlah ingin bangga apa yang saya dapat hari ni..sebenarnye inilah menjadi medan kepada saya untuk melatih seta ingin membentuk hati agar tidak sekali kali khayal atau dibawa arus riak...kita pun tersedia maklum riak tulah boleh menjatuhkan iman kita serta merupakan syirik akhbar...nau'zubillah...harap2 dijauhkanlah..Dalam royal navy apabila seorang tu mendapat pangkat midshipman , staff ataupun lain-lain pangkat hendaklah memberi hormat kepada midshipman walaupun kami belum ditauliahkan sebagai seorng pegawai..tulah cite dia..

    Tpi sahabat-sahabat sebenarnya sepanjang saya berada dalam tentera ni banyak yang telah mengajar saya untuk menjadi seorang mukmin yang menjadikan 10 musawafat tarbiyah sebagai rukun hidup.Diuji dengan kesabaran, pengorbanan yang besar serta dijemur ditengah panas..dan diri ini merasakan seperti sahabat Rasullah s.a.w , Bilal Bin Rabah.Walaupun tidaklah sehebat beliau dimana dijemur serta ditindihkan dengan batu diatas dadanya dalam pada masa yang sama disebat oleh tuannya, Umaiyah bin Khalaf...tetapi mulut beliau tetap setia menyebut Ahad!Ahad!..begitu kuat teguhan hatinya..tpi bila dbandingkan dengan hamba yang hina ini..kumat kamit memarahi instructor yang memberi arahan..masyaAllah..sama2 kita renungkan..

    Assalamualaikum..

    Satu Permulaan ..

    May 19, 2010



    Alhamdullilah..ungkapan tu lah keluar daripada mulut ni tatkala berjaya jugak untuk bergelar sebagai seorang blogger.Rupanye baru diri ni tahu kenapalah sahabat-sahabat lain mahupun teman-temanku seronok untuk menulis atau memilki blogger account selepas mempunyai laman sosial yang terkenal (Muka Buku)..haha, Selepas mengkaji atau dalam bahasa mat sallehhnye research,baru saya tahu dengan blog ni la kita leh kongsi pasal hidup kita, pengalaman yang mematangkan diri, ilmu dunia mahupun akhirat, buat advertisment dan mcam2 lagi la..banyak pulak kalau nak disenaraikan.

    Tapi bagi sayalah ,blog ni lah medan untuk saya memperingati antara satu sama lain agar dapat mencapai kebahagian akhirat tak pun tempat saya untuk berkongsi ilmu dengan rakan-rakan bogger yang lain.Diri ini juga mengharap bantuan-bantuan daripada rakan2 yang lain agar mengajar saya untuk bertatih di dalam dunia blog ni.

    Sebelum itu,terima kasih tidak terhingga kepada Ummiku yang disayangi yang jugak merupakan seorang blogger yang selalu memberi kata2 semangat serta dorongan kepada saya untuk menghasilkan sebuah blog..akhirnya peluang jugak ku menulis..ni blog umiku (Dalam Jiwa Hamba)..senang2 klik la kat link tu..penuh ilmu2 yang bermanfaat kat situ..(sempat lagi promote)..

    Akhir kalam,hamba ini berharap agar blog ini menjadi wadah yang amat bermanfaat buat rakan-rakan.

    Dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, saya rasmikan blog pUjaNnGA_hiDup.