• About
  • Parent Page
  • Archives
  • Powered by
  • Ready or Not??

    Jul 9, 2010
    Syukur alhamdullilah saya panjatkan kerana masih memberi peluang kepada saya untuk menulis post kali ini..i/Allah post kali ini mungkin adalah untuk diri saya sendiri ngan pembaca sekalian..tiba saja isnin ini tanggal 12 julai saya akan memasuki semester ke 3..i/Allah la..kalau tiada aral yang melintang..pendaftaran kursus pun telah dibuat...by the way, diri ni takut jugak disebabkan semester ini dianggap tough sikit la, subjek2 yang diamik..maklum la era subjek2 engineering sudah bermula...dynamics, strength of material dan etc la..tapi bila difikirkan dan muhasabah dibuat..jawapanya!!


    STUDY + NIAT = IBADAH



    Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar
    Rasulullah SAW bersabda:

    "Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang diniatkan.Maka barang siapa hijrahnya kepada Allah dan RasulNya,maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu."

    Hadis ini merupakan hadis yang pertama daripada 40 hadith yang sohih.Hadis ini juga telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim di mana tidak disangkal lagi kesohihanya.

    Daripada hadith di atas ini,boleh dirumuskan bahawa setiap tindak laku mahupun perbuatan kita selaku seorang yang bergelar muslim perlulah berpaksikan niat kita kepada Ilahi.Dalam hal ini,kalau kita buat ape2 kerja sekalipun mungkin kita mendapat ganjaran atau pujian dari segi pandangan kasarnya walhal bagaimana pula dari aspek halus dan dalaman.

    Senang kata la,segala amal adalah dengan niat,kalau niat itu buruk maka buruklah amal itu manakala kalau baik niat itu maka baiklah sesuatu amal itu.Dalam konteks ini,bila kita belajar niatkan hati kita ni untuk belajar dengan ikhlas dan hanya kepada Allah,bukan untuk segulung ijazah yang hanya membawa kita kepada kejayaan di dunia semata-mata.

    Saya berpesan untuk diri saya jugak sebab kadang-kadang kita ini manusia,imannya yazid wa yankuz..turun dan naik...apepun istiqamahlah dan selalu muhasabah diri..chaiyok kepada rakan-rakan yang juga akan membuka semester hari isnin ni.Semoga berjaya di dunia dan akhirat.





    0 kritiks: