• About
  • Parent Page
  • Archives
  • Powered by
  • InFaq..

    Oct 11, 2010

    Alhamdullilah..tu la ungkapan pertama bila boleh tulis jugak post ni..baru diri ini tahu bukan senang untuk istiqamah dalam penulisan blog.."Ya Allah berikanlah aku kekuatan.."...bila diungkap peristiwa yang berlaku selepas tarikh terakhir blog ini di"update"..raya aidilfitri,kematian murabbi ku..ustaz dahlan mohd zain..dan bermacam-macam lagi....

    Kali ini hati tergerak untuk berkongsi tajuk yang agak unik...satu perkara yang susah untuk orang mendapat level yang dikehendaki...INFAQ!!..memang orang kata senang je...sedakah je la..pergi masjid letak duit dalam tabung..dah!!..setel..memang tidak nafikan apa yang kita sudah buat itu dikira infaq..tetapi menjadi persoalan bagaimana untuk aku mengecapi tahap yang Allah melihat apa yang kita lakukan..bukanlah manusia yang berada di keliling kita...

    Tatkala berlaku bencana alam,munculah individu dengan mock check yang besar..fulan bin fulan telah mendermakan rm 10,000..alhamdullilah hamba Allah ini telah menderma kepada orang yang memerlukan..tetapi...bagaimana pula kalau diri ini didatangi sifat riak melalui bisikan syaitan yang ingin merosakkan umat nabi Muhammad s.a.w...syiriklah menjadi kesimpulanya...

    “Barang siapa yang berharap untuk bertemu dengan Allah (di hari akhirat kelak), maka hendaklah dia melakukan amal salih dan janganlah dia mempersekutukan Allah dengan sesuatu di dalam ibadatnya.” – (Surah al-Kahfi, ayat 110)

    Jawapanya,infaqlah kita walaupun dengar kadar yang sedikit pun tetapi biarlah diatas rasa kita untuk menyumbang di jalan Allah ataupun kerana Allah...sedikit yang meningatkan lebih baik daripada banyak yang melalaikan..infaq itu tidak semestilah duit atau nilai wang semata-mata..kita boleh jugak infaq teanaga,wang,darah,organ dan lain-lain lagi...Allah telah pun bersabda dalam surah At-Tagabun ayat 17

    "Jika kamu meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik,niscaya Dia melipatgandakan (balasan)dan mengampuni kamu.Dan Allah Maha Mensyukuri, Maha Penyantun"

    Betapa cantiknya susunan yang telah disusun oleh Pencipta kita...setiap arahan mahupun perintah daripadaNya disertai dengan ganjaran yang menanti kita di akhirat ataupun di dunia sendiri.Selain itu mari kita cuba mencontohi sahabat baginda yang telah pun dijamin untuk memasuki syurga,Abdul Rahman Ibn Auf.beliau sanngup menyumbangkan barang-barang keperluan di atas 700 ekor unta untuk diagihkan kepada penduduk Madinah....apakah rahsia sahabat baginda ini???..hanya satu saja jawapanya...mereka hanya mengharapakan kekayaan di akhirat yang menjanjikan kebahagiaan buat selama-lamanya....Allahakbar!!


    1 kritiks:

    1. Anonymous said...:

      Assalamualaikum...your writing look alike an ustaz.... Alhamdulillah...found an informative blog=)